Farah Hanie Fadzil.
I never wanna act my age. what's my age again?
X X X
{ older posts / newer posts }

15 September 2011
5:14 AM

hello peeps, stalkers and haterrss :D


13/09/2011 hari tu aku pi date :P

| orang lain pi date tak cerita pun |


SORRY, NI BLOG AKU NA, IKUT SUKA HATI AKU NAK TULIS APO PUN :)


AKU CERITA MACAM JADI HARI NI NAA :D

Dari semalam lagi aku dah set alarm nak bangun pukul 8.30. Aku malas nak bangun awal-awal sangat sat lagi mengantok. Bila jam bunyi, aku tutup buat kering ja, aku terus tidur sampai la pukul 9. Nasib baik Buncit tepon, tanya bangun dak lagi -,- memang tak la :| Aku letak phone teruih turun bawah, pi tengok pak lang pi kedai ke dak lagi. Nasib baik dok start enjin kereta baru :D aku pun jerit la serupa PONDEY kata aku nak ikut pi kedai .Punya la kalut, tarik ja baju, tudung, seluar yang mana ada -,- Nasib la Buncit ,saya kelihatan serabut hari ni :D

Sampai ja kat kedai (Jitra), aku pi la pebetui tudung apa bala. Sebab aku pakai tudung dalam kereta, macam dengan apa lagi haa :| Dalam pukul 11 pagi, Buncit hantar mesej, dia dah sampai. |sumpah aku berdebar, padahal bapa kali dah jumpa -,-|
Aku pun pi la terkedek-kedek cari dia, dari jauh aku dah nampak dia pakai baju warna KUNING :D |tergugat habaq hang| Lepas selesai hal kat kedai, aku pi la Jitra Mall dengan Buncit , nak pi tengok tiket pukul berapa. Padahal nak tengok cerita apa pun taktau -,- Aku mengidam lama dah nak tengok FINAL DESTINATION 5, dok huru-hara depa kata seronok sangat. Tengok-tengok Buncit tunjuk, 3D ONLY |whatthefrog la kan| Tapi sebab aku teringin sangat, peduli apa, layan juga haa ! Nak tunggu movie lambat lagi, pukul 3.55ptg haa, pi merendek (meronda) dulu la :D

Pi makan kat kedai mamak tu, haram tak sedap mi goreng dia. Separuh ja aku telan. Yang Buncit, licin -,- |bukan faktor tak sedap sangat, malu nak makan,HAHA| Lepas habis makan, pi melepak kat foodcourt kt Jitra Mall tu. Dah kenyang makan, minum je la :D dok usya orang habis, kawan tu awat muka dia macam tu la apa la,hee . Kami memang seronok kritik orang :) Pastu yang paling tak tahan, dok rancang, NANTI BILA DAH BESAR, ANAK PEREMPUAN DUA ORANG DOK SEBELAH BUNCIT, DUA ORANG ANAK LELAKI DOK SEBELAH AKU -,- memang kami suka rancang masa hadapan,HAHA dalam pukul 2.15ptg, aku balik pi kedai dulu, sembahyang. Dia balik pi pejabat mak dia kat Jitra. Aku tidur lagi sampai teralek (leka) . Nasib baik dia call -,-

Dalam pukul 3.30 macam tu, aku dengan Buncit dah ready nak masuk pawagam. Dah la Buncit pulun, popcorn kotak besar -,- Masuk dalam pawagam, tak dan 15 minit, Buncit sua kat aku popcorn, bila aku tengok dah habis satu kotak tu kat dia :O |memang la kan, mentang-mentang la aku tak lalu popcorn| Cerita FINAL DESTINATION ni kan memang dok tau dah jenis mati cara tragis gila larr ! Buncit dok mengucap sakan seblah aku haa, aku terkejut juga, tapi cover rr :D "YA ALLAH, KEJAM GILA." Ayat Buncit yang aku ingat,HAHA |berlakon ja pun ceq abiang :P|

Habis movie tu pukul 5.30. Buncit ajak pi sembang dulu. Pi la melepak kedai makan mana tah pulak, telan lagi air. Perut aku kembung dengan air ja hari ni -,- Lepak sampai pukul 6, aku nak chow dulu r. Kedai tutup pukul 6.30. Dengan tak sembahyang lagi,hee Buncit pulak kena balik awal la, satlagi balik lewat susah pula :) Buncit hantar aku sampai ke kedai, baru dia pi kat moto dia :D


  



Labels: , ,